Wednesday 9 November 2011

~ KUINTAI CINTA DALAM RAHSIA...

Kubertanya kepada malam
kenapa malam ini tiada rembulan
gelap gulita membelah kesunyian
ada jiwa berpeleseran
mengintai cinta dalam rahsia
sembunyikan rindu di dalam jiwa
dan dia..entah sedang apa....?

Aku di sini sedang menanti
bukan sekadar hanya malam ini
kerana diri tidak pernah mahu lupa
saat-saat jiwa merindu
di siang yang membaldu
di malam-malam syahdu
engkaukah itu..yang menungguku...?

Biarlah kuhabiskan sisa-sisa malam
dengan bertemankan kesunyian
untuk menanti satu kemunculan
walau hanya sekadar bayang..!

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[4/11/2011]