Thursday 17 November 2011

~ KE JALAN-MU YANG TERANG...

Cinta yang ranum di hati
kuutus ke langit malam
bersama satu keinginan
yang berlegar-legar ke Arasy
membuka hati untukku memohon
kusyukur laluku bersujud.

Sehela nafas
telah kulepaskan kepada-Mu Oh! Tuhan
kerana manis malam-Mu
buatku berfikir di dalam zikir
untuk kuterima segala suratan dan takdir.

Aku takut pada warna siang
dan gelap malam
yang menandakan kebesaran
sedang aku masih di mimpi yang samar
biarpun terbias cahaya terang
yang tidak tertelan rembulan penuh.

Sesaat bila kuterdiam
terbau olehku aroma kebenaran
hari-hari hati berkejar ke langit
dan kepala ini mendongak
sambil menadah
terima kasih Oh! Tuhan
yang menyuluhku ke jalan yang terang..

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[14/11/2011]