Wednesday 9 November 2011

**Kasih Ku Korbankan Bersama Adiladha Ini**

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
malam takbir raya korban ini
sayu rasa hati mendengar takbir raya

Sepertinya hati jua telah terkorban sama
pada kekasih yang telah menjauh dari diri ini
sesuatu perasaan ingin melupakannya berjuang
tanpa henti melawan perasaan sayang yang masih mekar di hati

Sayang ini telah tercabar atas sikap mu
yang tanpa ku tahu apa salah ku..kenapa sayang?.eeemmm!
mungkin kasih lain telah hadir di hati mu kini..Ya ke sayang?..
pertanyaan itu hanya berlalu sepi dalam jiwa yang lemah ini..

Adakah kau bahagia bersamanya kini?..
andai saja kau boleh menjawap pertanyaan ku ini
akan ku lepaskan kau tanpa kesal di hati..ini janji ku sayang!
kerana aku sangat menyayangi mu dan andai kau bahagia
bererti aku jua akan bahagia walau luka di hati berdarah parah

Mencintai itu bukan bererti memiliki
itu ungkapan penyedap bagi hati yang derita ini
dan jodoh pertemuan itu di tangan tuhan kan sayang?..
akan ku terima semuanya andai itu jawapan pasti dari mu..kini ku terasa,

**Kasih Ku Korbankan Bersama Adiladha Ini**Semoga aku akan tabah menghadapinya InsyaAllah!

.....JUNE INDAH.....05112011.