Friday 4 November 2011

JIKA - by ~ Azlina Mat Yusof

JIKA kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah dan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??

TERIMALAH ia seadanya dan janganlah pulak kamu terlalu mengaguminya dan juga janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa, KERNA apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

BEGITULAH juga Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

DAN janganlah kamu terlalu mengejar kesempurnaan. KELAK. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!