Saturday 12 November 2011

Alir kan lagi...

alir kan lagi...
jurus keasyikanMu
meronta di lautan jantungku
berdenyut dalam detik nadiku
...mmm...terlerai satu kebingungan
dalam lemas di fanaMu
berselimutkan keresahan
memetik sitar di labuhan lautan
....wahai hudhud...
khabarkan aku satu perkhabaran
di sebalik sahara
adakah lagi sekolam kasih
yang aku mahu bermandian di sana
merebahkan kisah kebanjiran
menutup semua cerita kemungkaran...
uuhhh.....citra sangpenglipur lara
pimpinlah tanganku sangSufi....
dan tunjukkan aku JalanMu...
...dan pakaikan aku sepasang sepatuMu
agar dapat aku membuka pintu..
bertamu di singgahsana...
berdakapan di ranjang AsyikMu......!!