Engkau,
aku tersentak pada derap tasbihmu
yang kau pusar bersama cinta
aku baru mahu melangkah
membuka pintu Ahdiat
namun wajah tundukmu
menghimpun kujur tafakkur
membuat jasadku hancur
dan tertidur
lalu Engkau yang berjaga
membimbit tanganku ke fana
meredah jalur-jalur cahaya
lalu kita tersirna
menjadi Cinta!
aku tersentak pada derap tasbihmu
yang kau pusar bersama cinta
aku baru mahu melangkah
membuka pintu Ahdiat
namun wajah tundukmu
menghimpun kujur tafakkur
membuat jasadku hancur
dan tertidur
lalu Engkau yang berjaga
membimbit tanganku ke fana
meredah jalur-jalur cahaya
lalu kita tersirna
menjadi Cinta!