Saturday 12 November 2011

Ada sesuatu ....

Pada permulaan
kita ini terlalu biasa
hingga tiada apa apa rasa
tetapi ..... ketika ketika
apabila berjauhan
ada sesuatu yang kita temui
perlahan demi perlahan
sesekali meresap juga rasa rindu
pada bicara dalam penantian
ada rasa yang meresap pada keseluruhan diri
biar pun kita terpaksa berjauhan
lalu hidup bersama rindu kita
ada keikhlasan dalam cinta
kerana yakin pada kesetiaan .

Yatie Yusoff
11nov2011
12.32pm.